PARTI KEADILAN NASIONAL
BAHAGIAN  HULU  LANGAT
SELANGOR  DARUL  EHSAN

PERUTUSAN PRESIDEN

Kata-kata Aluan Presiden

Bersyukur kita ke hadhrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya kita masih terus bersama- sama dalam arus perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Saya mengucapkan tahniah kepada keADILan Bahagian Gombak kerana berjaya mengadakan mesyuarat yang penting ini. Bahagian Gombak merupakan antara bahagian terawal yang mendapat kelulusan Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk menubuhkan bahagian secara sah. KeADILan Bahagian Gombak juga sangat aktif menggiatkan program parti walaupun sebelum ini masih lagi dalam peringkat 'penaja'. Komitmen semua ahli keADILan bahagian ini telah membuahkan hasil dengan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang bagi parti ini. Sesungguhnya kejayaan ini adalah pemangkin semangat reformasi bagi semua ahli keADILan.

Kekuatan sesuatu organisasi bergantung kepada pemuafakatan, iltizam serta reformasi di kalangan ahli dan pemimpin. Tanpa semangat ini, sesuatu organisasi tidak mampu mencapai cita-cita perjuangan yang disepakati. Jiwa dan nurani semua pendukung reformasi ini harus dipimpin dengan cita-cita perjuangan yang luhur. Narnun, peralanan kita masih jauh. Oleh itu, mari kita gabungkan kekuatan semua bagi melaksanakan janji dan amanah yang telah diikrarkan demi masa depan generasi mendatang. Sama-sama kita berganding bahu, menyemarakkan Reformasi, menjanakan keadilan bagi mendaulatkan negara Malaysia yang kita cintai ini.

Akhir kata, sekalung tahniah diucapkan kepada penganjur dan semua yang terlibat atas daya usaha mereka bagi menjayakan mesyuarat yang penting ini.

Dr. Wan Azizah Wan Ismail